MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, September 17, 2017

Takziah Dan Al-Fatihah

Rasa sedih dan lara hatiku ini, mendengar dan melihatnya. Sudah beberapa hari sudah berlalu tragedi Kebakaran Madrasah Tahfiz Ittifaqiah. Ia masih menjadi perbualan orang ramai sama ada di luar dan di media-media sosial. 

Siapa yang tidak simpati dan rasa sedih dengan tragedi tersebut. Sejumlah 23 orang terkorban, mereka berusia muda lagi. Namun kasih sayang Allah sudah mentakdirkannya begitu. 

Apa pun yang terjadi tetap terjadi. Apa punca dan sebabnya pihak berkuasa sedang dan telah mendapati disebabkan khianat dan dendam. Allahuakbar! Sampai hatinya mereka sanggup melakukan perkara tersebut. 

Kita mengharapkan agar mereka diadili dengan saksama. Apa pun ia tak dapat mengubati perasaan ahli keluarga yang kehilangan anak-anak akibat tragedi tersebut.

Di sini, aku ucapkan takziah kepada seluruh keluarga mereka yang terlibat. Dan kepada kita, iia merupakan sejarah tragedi duka negara kita. Ucapan Al-Fatihah kepada mereka. Semoga syurga tempat mereka...

Aamiin Ya Rabb!!!





Al-Fatihah!

No comments:

Post a Comment

Adik Banyak Buku

      Semalam,selepas dari membeli buku di kedai MPH, si Huzaifah memberitahu aku. "Abi adik laparlah" "Ok, ja...