SELAMAT HARI MALAYSIA 2017


Image result for gambar selamat hari malaysia 2017


Hari ini tanggal 16 September 2017, merupakan Hari Malaysia. Syukur kepada Allah SWT memberikan keamanan dan keharmonian kepada Negara kita. Walaupun pelbagai etnik, agama dan budaya sejak zaman berzaman.

Negara kita tetap aman dan harmoni. Biarpun jika dilihat cuaca politik yang kadang-kadang agak panas, namun masih bisa dikawal dan keamanan masih tetap utuh.

Biar pelbagai ideology siasah yang wujud dan pelbagai fahaman yang terdapat di Negara kita, ia masih tetap di bawah norma-norma aturan perlembagaan Negara.

Justeru keamanan, keharmonian dan perpaduan yang terjalin antara pelbagai etnik bangsa seharusnya terus di pertahankan sampai bila-bila.

Mahu berpolitik, ya silakan berpolitiklah secara matang, mahu berbeza pandangan atau fikrah, ya silakan, usahlah bercakaran sehingga menimbulkan kecelaruan dalam perbezaan.

Bermesyuarahlah dengan aman dan tenang, berdebatlah dengan matang tanpa merasa diri yang benar. Sayangilah Negara kita, sehati dan sejiwa dalam mempertahankan bersama.


Sekali lagi aku ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi