Santai Ahad





Ahad-3hb 09 2017

Sekitar jam 3.30 petang bertolak ke Shah Alam tapi singgah dulu ke Setia Alam.

Umi mahu selesaikan segala bil-bil yang belum di selesaikan, ke mybank terus ke bsn setia Alam.

Selesai, terus ke Shah Alam. Distinasi biasa yang kami pergi, Kompleks PKNS Shah Alam.

Sampai sahaja terus cari parking, pusing dua kali baru dapat parking. Biasalah hari cuti.

Kami terus masuk, tak tahu nak ke mana. Anak ada yang merengek, biasalah nak mainan...ermm...Umi ajak ke Kedai Buku yang berdekatan dengan Restoran KFC.

Aku tinjau-tinjau dari satu rak ke satu rak. Tak berniat nak membeli pun. Umi melayan karenah anak-kanak.

Aku beritahu Dania, nanti nak beli buku dekat Karnival. Dania rasa pelik dengan kata-kataku...dia tak tahu kat karnival tu ada jualan buku.

Aku biarkan dania...aku terus lihat-lihat buku di situ. Aku lihat sebuah buku terbitan 2013, buku tentang penyelidikan dan kajian berkaitan dengan majalah-majalah yang tetbit di Malaysia.

Aku rasa buku ini menarik, aku ambil...ermm harga RM3.00. Aku beli untuk koleksi buku Bilik Bukuku, mungkin ada manfaatnya untuk anak-anakku dan aku sendiri ingin membacanya.



Anak-anak pun sudah dapat apa yang dihajati. Bukan buku pilihanya kali ini, mainan papan tulis.

Oklah tu, boleh buat main tulis-tulis!

Kami terus ke tingkat atas, ke surau untuk tunaikan solat asar.

Selesai solat, sampai waktunya untuk mengisi perut yang semakin berkocak.

Citarasa Satay Sebenar

Distinasi biasa kami...Restoran Satay Hj.Samuri. Oh ya, Tuan punya restoran baru sahaja dijemput Ilahi pasa hari sabtu(2hb 09 2017).



AL-fatihah buat Almarhum, semoga ditempatkan dikalangan hambanya yang bertaqwa. Beliau telah meninggalkan legasi perniagaan yang sangat maju dan berkembang.

Rangkaian restoran beliau sudah merata ke seluruh negara. Semenjak restoran satay dibuka di Kompleks PKNS, kami sering ke sini.

Cita rasa satay sebenar, kuah kacang dan sambal yang sungguh 'ummph'.

Legasi satay Hj. Samuri memang sudah terkenal, malah pelancung luar sudah mengenali satay beliau.

Kajang sebagai bandar yang dikenali dengan wujudnya satay beliau, terkenal dengan 'Satay Kajang'.

Ianya sudah tersenarai dalam peta pelancungan yang terkenal di Malaysia.

Waktu muda, zaman aku sudah bekerja sering juga ke sana, apa lagi makan satay Kajanglah. Itu nostalgia dululah, hari ini kalau mahu pergi saja ke sini.

Anak-anak pun berselera sekali...

Karnival Buku MPH

Jam 6.45 petang kami bertolak balik dari Shah Alam, terus singgah ke Karnival Jualan Buku MPH di Setia City  Convention  Centre, Setia Alam.





Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi