Saat Idea Datang



Aku pun tak tahu mahu tulis apa. Bila pandang skrin laptop ni, asyik tak menjadi sahaja,berkali-kali aku mahu mencuba menulis sesuatu tetapi asyik gagal. Aku cuba lagi, lagi dan lagi, merepek pun merepek lah, yang penting aku mahu cuba menulis sesuatu.

Nasib Rohingya

Image result for gambar rohingya dibunuh

Baru aku teringat tentang satu perkara yang berlaku kepada saudara seIslam ku yang berada di Rohignya, mereka menjadi mangsa pembantaian puak militant hindu. Tanpa rasa belas kasihan mereka terus menerus melakukan pembantaian.

Rumah-rumah mereka dibakar, bahkan perkampungan mereka seluruhnya dibakar dengan kejam dan zalimnya. Pembunuhan secara beramai-ramai tanpa belas kasihan.

Anak-anak kecil, suami isteri dan seluruhnya kehilangan sesuatu yang dimiliki oleh semua orang. Mereka hilang kedamaian, kesengsaraan, kecelakaan dan penderitaan menyelubungi kehidupan mereka.

Masyarakat dunia masih ada yang lena meskipun penderitaan mereka sudah diketahui. Malang sungguh malang nasib Umat Islam ini. Aku sebagai saudara seislam hanya mampu menghadiahkan doa setiap kali selesai solatku. 

Ya…inilah sumbangan kecilku sebagai insan yang kerdil ini.

Ya Allah selamatkan Umat Islam di Rohhingya, Engkau selamatkan mereka!

Aamiin Ya Rabb!!

Lalu apa lagi yang mahu aku tuliskan, idea masih tidak ada, oh ya…

Kisah Melompat

Image result for gambar mat taib masuk umno semula

Ini bukan kisah sembarangan, kisah ini telah gempak sebelum terjadi. Seluruh benua kecil ini tersentak tentang pengumuman yang bakal mengegarkan benua kecil ini. Semua media sudah dimaklumkan. Bahawa ada satu peristiwa besar akan berlaku.

Akan terjadi perubahan besar yang mungkin akan mengubah lanskap politik tanah air dan kemungkinan akan ada berita yang beasar. Itu pada mulanya, mereka berkira-kira memanda menteri akan isytiharkan PRU.

Debaran makin terasa bila saat masanya tiba. Kamera sudah tertumpu kepada mereka yang dihadapan pentas.Masing-masing berdebar tak terkira. Entah apa yang akan berlaku…tiba-tiba muncul seseorang, yang mereka semua kenali.

Apakah?.mereka saling bertanya sesama sendiri,ada yang macam boleh mengagak, dan mereka saling berpandangan. Cahaya kamera terus menerus merakam aksi petang itu.

Akhirnya, Memanda Perdana Menteri memberitahu dengan penuh gaya keyakinan, pengistiharan kemasukan semula Mike Tyson kepasukan lamanya. Semua di situ rasa tertipu dan ada yang tergelak-gelak tanpa menghiraukan siapa yang berada di hadapan mereka.

Ketawa itu makin kuat di seluruh benua keci itu, saling sahut menyahut dan sambut menyambut. Keesokan harinya, semua berita tertumpu pada kisah lawak semalam, namun sayang banyak yang tidak laku…semua orang pakat gelak tidak henti-henti pada hari itu…termasuklah aku sendiri.

Ha…ha…ha…ha…kah…kah…kah…sampai ada yang termuntah…

Dalam hati aku…dia lompat balik dahhh…musim lompat melompat sudah bermula ke, itu cadangan status yang mahu aku muatkan dalam muka buku ku tetapi aku tidak jadi menulisnya di situ. Berita ini sudah hampir dua minggu tapi masih ramai yang memperkatakannya hingga hari ini.

Biarlahhh…

Aku terus menerewang di skrin laptopku, apa lagi yang aku mahu bebelkan dalam tulisanku ini. Entah orang baca entah tidak aku tidak peduli. Yang penting aku mahu terus menulis…tulis sahaja, sama ada orang suka atau tidak…

Selangor Makin Kaya

Image result for gambar negeri selangor kaya

Terpandang pula akhbar Selangor Kini, dengan tajuknya SELANGOR NEGERI EMAS.Hebat Negeri Selangor waktu ini. Makin kaya dengan bermacam-macam rancangan kebajikan untuk rakyatnya.

Secara peribadi selepaas tahun 2008, banyak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan baru Pakatan Rakyat, waktu itu dan kini. Program-program kebajikan untuk rakyat Selangor sedang dan sudah dijalankan dengan jayanya.

Tidak perlulah aku senaraikan satu persatu apa program-program tersebut. Sebagai rakyat Selangor kenalah prihatin dan cakna hal ehwal negeri kelahiran sendiri.

Takkanlah tak nak ambil tahu, setiap minggu terbit akhbar SELANGOR KINI, ambil dan bacalah perkembangan terkini.

Barulah menjadi rakyat yang berilmu dan bermaklumat, jangan nanti ketinggalan.

Tak begitu?

“Selangor menyumbangkan   22.7 peratus mendahului negeri lain berdasarkan laporan KDNK dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia. Kejayaan ini menjadi mesej jelas kepada Putrajaya bahawa Selangor sebagai Golden State (Negeri Emas) Negara.”

Dato’ Seri Mohammed Azmin Ali, Dato Menteri Besar Selangor

Sebab itu ada yang cemburu dengan Selangor ini. Mereka tidak sabar mahu rampas balik negeri yang kaya raya ini. Mereka merasakan mereka masih mampuu dan masih ada harapan untuk menerajui semula negeri ini.

Mereka tidak boleh lena, mimpi tiap-tiap hari, duit berbilion-billion, mereka sudah ‘kemelecer’ sangat. Mereka sedang dan sudah menyusun agenda mereka. Mana boleh tahan!

Tapi rakyat sudah celik, sudah tidak buta lagi, rakyat sudah pandai menilai mana yang putih mana yang hitam, mana berlian mana yang kaca. Mana yang benar mana yang menipu. 

Rakyat sudah pandai dah!

Rakyat Selangor sudah bertamadun, sudah celik politik, sudah pandai menilai mana pemimpin jujur dan mana pemimpin yang kaki songlap. Bukan macam sebelum tahun 2008.
Mereka sudah banyak membaca…hentikanlah jika ada yang masih bermimpi mereka boleh merampas balik negeri ini.

Aku  ingat lagi pesan dan ingatan seorang bekas pengerusi 16 tahun , di satu Bahagian di Selangor. Mereka tidak akan dapat tawan Selangor, selagi sikap dan akhlak mereka tidak berubah, aku ingat kata-katanya, Alfatihah buat dia yang aku sayangi!

Jangan mimpi ya!

Eh! Panjang juga aku tulis ni ya, kata tadi macam tiada idea menulis, tahu-tahu sudah berjela pula. Macam tidak mahu berhenti menulis pula. Tulah sudah kata, menulis ni kena sungguh-sungguh baru idea boleh datang, ilham mencurah.

Macam nilah agaknya seorang penulis bila idea mula mencurah. Makin lama, makin asyik tidak mahu berhenti. Mahu tulis apa lagi? Rasa sudah berjela ni, nanti tidak ada yang baca pula.

Mungkin yang ini, terakhir untuk tulisan ni, apa ya…ermm…Oh ya fasal cerita minuman keras ni…

Pesta Arak Berpindah Di Selangor?

Image result for gambar negeri selangor kaya

Beberapa hari ini sudah viral tentang Pesta Arak ‘The Better Beer Festival 2017', yang mahu diadakan di Selangor, setelah bantahan yang dilakukan kepada DBKL minggu lalu berjaya. 

Kedengaran pula, Selangor akan mengizinkan Pesta Arak ini, betul ke?

Minggu lepas aku perturunkan status muka buku aku yang berbunyi;

Saya ZAMAN SHAH SAIYAN membantah Better Beer Festival 2017 sekeras-kerasnya. 
Nyatakan bantahan anda!

Alhamdulillah ramai yang ‘like’ dan memberi komen agar pesta ini diharamkan dan dibatalkan, rata-rata mereka tidak bersetuju tentang perkara ini.

Gila ke? Mahu buat pesta-pestaan bersama arak. Betulah hanya orang bukan Islam yang berpesta.

Boleh percaya ke, ia tidak dihadiri orang Islam. Aku kurang yakin dengan pesta-pesta haram jadah sebegini. Bukanlah bermakna aku tidak hormati hak orang lain, mahu minum minumlah, buat apa mahu buat pesta-pesta?

Boleh ke buat pesta arak sampai tidak mabuk, wah! Hebatlah macam tu, mesti bertong-tong arak disediakan, mahu-mahu boleh mandi arak! Boleh jadi…fikir-fikirkanlah kesan yang buruk bakal berlaku.

Bila mabuk, mesti bergaduh, maksiat sudah pasti, lelaki perempuan bercampur, memanglah ramai bukan Islam. Tetapi aku percaya, agama lain juga melarang kerasa pesta-pesta yang mengarut yang boleh menganggui keharmonian orang lain.

Mereka tahu itu semua, Cuma segelintir manuasia yang konon-konon bertamadun bagai sehingga mahu membuat pesta haram jadah ini. AKU BANTAH!!!

Pihak keselamatan juga sudah memberi amaran, demi keselamatan, tahniah buat mereka yang bertegas dalam perkara ini.

Alih-alih dengar nak dipindahkan di Negeri Selangor, pihak akhbar terus mencanang, entah betul atau tidak, viral sana-sini menyatakan Selangor izinkan pesta arak ini.

Menteri Besar pun sudah setuju, amboiii…bila sebut Selangor saja, semua melompat, ambil kesempatan kecam, tidak lihat kiri dan kanan terus tulis, viral kecam.

Fitnah tu! Bila aku baca kenyataan sebenarnya tidaklah begitu maksud menteri besar.

Alhamdulillah pihaknya sudah memanggil peguam untuk membuat tindakan undang-undang kepada akhbar Utusan yang membuat berita dengan maksud lain. Jika benar, baguslah, rasa lega, aku yakin hasrat mereka akan gagal.

Ya, pasti gagal!

Itu harapanku dan mungkin harapan rakyat Selangor yang sayangkan negerinya dari ternoda dengan pesta durjana yang boleh mengundang bala, bila-bila masa jika ia di 
laksanakan juga.

Mohon dijauhi perkara tersebut.

Aku akhiri dengan Maksud Firman Allah tersebut;

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perkara buruk termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.

Surah AL-Maidah:90

Huh! Kan…panjang jadinya, okalah, terima kasih yang sudi membacanya. Sedikit perkongsian dan pandangan ini agar ada manfaatnya , mana tahu boleh difikir-fikirkan untuk kebaikan bersama.


Selamat membaca!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi