Mengemas kini Bilik Buku (4)



Aktiviti mengemaskini bilik buku semakin rumit dan lambat disebabkan proses memilih barang-barang yang perlu dan tidak perlu dikekalkan.

Memang sebal,antaranya surat-surat, bil dan resit-resit, risalah-risalah, minit-minit mesyuarat,alat tulis seperti pen, buku-buku nota, kaset, CD dan Vcd dan barangan lain.

Ya...memang ada nostalgianya setiap barang yang dimiliki tetapi memandangkan ruang yang terhad, aku terpaksa membuat keputusan yang terbaik untuk keselesaan ku di bilik buku. 

Aku memuatkan sebahagiannya di bekas plastik yang aku beli, memang khas untuk barangan tersebut. 

Satu lagi yang terpaksa aku asingkan dari bilik buku adalah potongan-potongan akhbar yang aku asingkan. 

Memang tabiat aku sebelum melupuskan akhbar yang tidak lagi dibaca, aku akan menyisihkan maklumat-maklumat atau berita-berita penting yang terkandung dalam akhbar tersebut. 

Aku menyimpannya didalam fail khas. Aku terpaksa membuat pilihan terbaik. Bila aku sudah asingkan mana-mana barangan yang rasa tidak perlu lagi berada dalam bilik buku terasa lega, aku simpan semua dibilik stor dibahagian dapur rumah. 

Rasa lapang dan selesa bila sudah dikemas kini.

Alhamdulillah...

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi