Mengemas kini Bilik Buku(3)

Tujuan pertama aku mengemas bilik buku adalah untuk memisahkan benda-benda yang aku rasa tak perlu lagi aku simpan. Memandangkan ruang yang sempit dan terhad tambahan pula, buku-buku pun semakin bertambah. 

Jadi, aku mengambil keputusan untuk mengeluarkan akhbar-akhbat lama yang semakin menimbun, aku fikir cukuplah aku menyimpannya. Jadi aku perlu asingkan dan keluarkan dalam senarai koleksi dalam bilik buku. 

Biarlah hanya buku dan majalah-majalah yang masih elok dan releven untuk dibuat rujukkan bila perlu nanti. Aku mengasingkan majalah-majalah di dalam rak berasingan, satu rak khas untuk majalah-majalah, itu pun masih tak dapat menampung, selebihnya aku selitlah mana-mana ruang rak yang kosong.

Mahu dikeluarkan dari senarai koleksi, terasa sayang pula, aku ambil keputusan, majalah masih tetap menjadi bahan bacaan koleksiku. Majalah-majalah politik yang sekarang tiada lagi dipasaran dan ada yang diharamkan penerbitannya pada masa lalu masih ada dalam simpanan.

Biarlah nanti boleh dibaca atau mungkin akan menjadi bahan rujukan anak-anakku nanti. Bahan sejarah yang penting boleh jadi.Majalah seperti Tamadun, Siasah, dan lain-lain masih aku punyai. Selain itu majalah Solusi, Al-Ustaz, Majalah i, Anis, Maskulin, Mingguan Wanita, Anjung Seri, PA&MA,Al-Islam dan bermacam lagi serta beberapa majalah daiges. Ia masih dalam koleksi bilik buku ku.

Majalah sastera terbitan DBP pun turut dalam.koleksiku, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Budaya, Dewan Masyarakat dan yang lainnya.

Dan semua itu moga akan dimanfaatkan oleh anak-anaku...mudah-mudahan!

Aamiin Ya Rabb!!!





Comments

  1. Assalamualaikum tuan, saya tadi sedang mencari isu-isu politik melalui majalah-majalah lama seperti TAMADUN. Saya anak muda yang terlalu mahu mengetahui isu-isu politik berkenaan tokoh politik tanah air seperti DS Anwar Ibrahim, Almarhum TG Nik Abdul Aziz, Almarhum TG Harun Din. Boleh tak sekiranya ada masa tuan snap isu-isu menarik yang di bincangkan dalam majalah tersebut?

    Sejujurnya saya ingin mengetahui lebih mendalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalakumussalam...InsyAllah nanti saya cuba. Terima kasih sudi berkunjung anak muda prihatin.

      Delete
  2. Jangan hampakan harapan saya ya tuan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi