Nota Ramadan: Apa Khabar Saudaraku?

Ramadan di bumi bergolak
Google Image


“Ya Allah, tetapkanlah kami di bulan Ramadan-Mu dan pertemukanlah kami dengan Lailatulqadar…dan Engkau istiqamakanlah kami untuk terus beramal ibadah sebanyak-banyaknya, semata-mata kerana MU Ya Rabb…”

Mudah-mudahan Allah S.W.T mendengar dan menerima permohonan hamba-hambanya. Ramadan agung bakal meninggalkan kita, cepatnya…beruntunglah mereka yang terus setia bersamanya, dan alangkah ruginya mereka yang menjauhinya.

Allah…Allah…Allah…bantulah hamba-Mu ini Ya Rabb. Bila Ramadan, aku terkenang dengan saudara-saudara segamaku. Baik dalam Negara mahupun di luar Negara. Bagaimana nasib mereka?, bagaimana sambutan Ramadan mereka?, masihkah ada pembelaan buat mereka?.Tiba-tiba hati ini terkenang dengan nasib penduduk yang terlibat musibah bah kuning di Kelantan.

Menurutnya masih ada lagi yang duduk dikhemah-khemah yang semakin lusuh. Allahuakbar…jika benarlah, apakah tiada alternative lain selain mereka menunggu rumah yang dijanjikan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat, sewajarnya bergandingan untuk menyelesaikan perkara ini secepat dan sebaiknya. Bukankah mereka semua dikalangan yang menyokong mereka?.

Usahlah dibawa sentiment politik kepuakan. Bertindak matanglah wahai pemimpin-pemimpin semua. Kamu nanti akan dipertanggungjawabkan diakhirat, ini bukan perkara kecil dan main-main, tanggungjawab dan tugas kamu nanti sebagai pemimpin sudahkah kau yakin dapat menyelamatkan kamu dari azab api neraka Allah S.W.T?. Insaf dan sedarlah para pemimpin semua…

Itu di Kelantan, bagaimana di Sabah dan Sarawak, terutamanya yang tinggal di hujung-hujung hulu sana. Ramai saudara-saudara kita di sana, bahkan Kuala Lumpur, sebagai kotaraya terbesar Negara, juga menyimpan seribu duka buat penduduk Islamnya. Apa khabar penduduk setinggan di sana?. Di mana-mana di seluruh tanah air, aku doakan semoga ada insan-insan mulia terus menabur bakti, memberikan pertolongan, bantuan sedekah, zakat, infaq dan sebagainya untuk mereka semua. Amin Ya Rabb!

Bagaimana, jiran-jiran di sebelah Negara kita, terutamanya umat Islam yang terus ditindas dan dizalimi oleh rejim dan puak-puak pengganas?. Apakah mereka selamat, ada pembelaan untuk mereka. Allahuakbar…berdoasanya aku, teruknya aku…mana keperihatinanku…jika tidak mampu dengan bantuan benda, kau doakanlah dengan doa, itulah sekecil-kecil bantuan yang aku mampu berikan.

Saudaraku di Selatan Tahiland, Kemboja, Rohingya…oh ya Rohingya…nasib mu sebegitu teruk sekali, puak-puak pengganas Budha terus menerus menzalimi mu, Ya Rabb…Engkau hancurkan musuh-musuh agama-Mu, Engkau selamatkanlah umat Islam di Rohingya...

Saudaraku Di Luar Negara

Mereka tetap berpuasa biarpun masih dalam peperangan yang tiada kesudahan, rejim tiada henti-henti terus menzalimi dan menindas mereka. Umat Islam terus dikeronyok di mana-mana. Biar pun jumlahnya ramai, dan Negara umat Islam ada yang kaya raya, hasil minyak yang melimpah ruah, namun bagai tiada apa-apa pabila saudara seislamnya terus terdera menderita dizalimi di mana-mana.

Di mana pun mereka berada, umat Islam masih teguh dan padu untuk terus menuanaikan ibadah puasa, di zon peperangan seperti Palestin, Syria, Afghanistan, dan lain-lainnya umat Islam terus istiqamah mempertahankan agama yang suci ini.

Allahuakbar…sungguh menyayat hati bila melihat gambar-gambar umat Islam berbuka puasa dibawa runtuhan batu-batu bangunan yang di bom oleh rejim. Kuatnya mereka…aduhai bagaimana dengan aku yang di sini, yang aman, mewah dengan pelbagai makanan dan minuman beraneka jenis dan warnanya.

Mereka di zon peperangan, bila-bila masa sahaja bom akan meledak mengenai mereka, mereka masih taat setia dengan ajaran rasulnya Muhammad saw. Umat Islam Palestin, Syria dan yang lain-lainya terus menerus masih dalam belenggu rejim, sebagai warga Malaysia yang kecil dan kerdil ini, aku hanya mampu berdoa-berdoa dan terus berdoa untuk keselamatan mereka, aku mengharapkan akan segera sirna kezaliman, kebatilan, penindasan yang dilakukan oleh rejim dan puak-puak pengganas mereka.

“Ya Rabb… Engkau hentikanlah kekejaman yang berlaku ke atas Negara umat Islam Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan dan lain-lainnya…

Ya Rabb… Engkau jauhilah kesusahan dan kesengsaraan serta kebuluran seperti yang berlaku di Ehtopia, Benua Afrika itu…

Ya Rabb… Engkau selamatkanlah umat Islam di mana jua mereka berada, Engkau hancur leburkan musuh-musuh-Mu Ya Rabb…Engkau tumbang lingkupkan mereka Ya Rabb..

Ya Rabb… Engkaulah sebaik-baik penyelamat dan selamatkanlah mereka Ya Rabb…”

Amin Ya Rabb!...hanya doa dan munajat yang mampu aku berikan pada  saudara-saudaraku, semoga sumbangan kecil ini, akan tetap memasukkan aku dikalangan hamba Allah yang sentiasa mengingati saudara seIslam yang lain.


“Sesungguhnya orang Islam itu bersaudara…”

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi