Nota Ramadan: Malam Ketujuh Ramadan 1436H

Gambar ketua kampung dalam satu program

Cepat dan pantasnya masa berlalu, Ramadan tinggal beberapa hari sahaja. Fasa pertama dan kedua sudah melepasi, kini fasa terakhir, fasa ketiga kita harungi. Bagaimana puasa kita, amal ibadah kita yang lain-lain sepanjang Ramadan ini?.

Moga diterima oleh Allah S.W.T hendaknya, Amin Ya Rabb. Oh ya…banyaknya catatan-catatan Ramadan yang tertunggak penulisannya, apa pun aku akan tetap kongsikan dalam pertemuan kali ini. Biarpun ianya catatan yang tertangguh, akan aku terus coretkan.

Mengimbau beberap minggu sudah, malam ketujuh Ramadan 1436H yang lalu, seperti biasa aku bersolat terawih di Surau Darul Aman. Kali ini, anakku Muhammad Anas turut mengikuti aku ke surau, tanpa dipaksa-paksa dia mahu ikut.

Alhamdulillah,tiada banyak karenahnya. Pada hari-hari seterusnya dia pun turut mengikuti aku. Mala mini, Surau Darul Aman dikunjungi oleh Ketua Kampung dan Ahlijawatankuasanya. Ia merupakan kesinambungan dari lawatan-lawatan ke surau sebelum dari Ramadan lagi.

Selepas menunaikan solat terawih lapan rakaat, Ustaz Yazid memberitahu Jemaah surau tentang kehadiran Ketua Kampung dan rombongannya. Ustaz Yazid menjemput Ketua Kampung, Saudara Masahadan Bin Husin menyampaikan ucapannya. Beberapa perkara yang aku dapat ingat tentang ucapan yang diberikan kepada para Jemaah, antaranya;

1) Pertambahan penduduk Kampung Bukit Kapar, kini sudah melebihi 17,000 orang penduduk. Antara factor pertambahan itu, adalah wujudnya taman-taman perumahan baharu yang merecup bagai cendawan. Dalam kesempatan itu, beliau telah memperkenalakn dirinya, kerana mungkin masih ada lagi penduduk Kampung Bukit Kapar 
yang baharu masih tidak mengenali beliau.

2) Selaku Ketua Kampung yang baharu, beliau dengan rasa rendah diri, meminta izin dan meredakan agar beliau diterima untuk memimpin Kampung Bukit Kapar. Setiap program yang dianjurkan diharapkan agar dapat menerima sokongan dan kerjasama penduduk. Menurutnya, seandainya beliau dan Ajknya sahaja yang melibatkan dalam setiap program, itu tentunya bukan kemampuannya sahaja. Penduduku juga harus turut sama-sama meraikan program yang dijalankan.

3) Memperkenalkan anggota-anggota rombongannya kepada para Jemaah Kariah Darul Aman. Mereka yang diperkenalakan mempunya tugas-tugasa yang diamanhkan ke atas pundak mereka. Para penduduk kampong, boleh merujuk kepada mereka jika ada satu-satu masalah yang berlaku. Semua itu menurutnya bagai melancarkan tugas-tugas yang diamanahkan kepada beliau.

4) Penjualan Mercun, beliau telah mengarahkan anggota AJKnya untuk bertugas memantau kepada penjual-penjual mercun. Ini bagi memastikan tiada mercun yang bersaiz bahaya dijual, jika sekadar bunga api tiada masalah menurutnya. Belaiu tidak mahu kejadian yang berlaku di Tanjung Sepat berlaku di Kampung Bukit Kapar.

5) Peniaga Bazar. Terdapat dua kelompok peniaga bazar menurutnya,satu dikalangan peniaga lama dan kelompok dua peniaga baharu. Untuk kelompok peniaga bazar lama, mereka sudah faham apa yang perlu dilakukan selepas perniagaannya tutup, sampah-sampah dan sebarang kekotoran di kawasan perniiagaan mereka mestilah dibersihkan. Itu tiada masalah. Namun untuk peniaga-peniaga bazar baharu, masih ada yang tidak faham dan tahu untuk perkara-perkara yang dinyatakan di atas tadi. Telah berlaku di mana sampah-sampah tidak dibuang. Sikap sebegini seharusnya dijauhi oleh peniaga.

6) Kebersihan Kampung, beliau ingin menjadikan Kampung Bukit Kapar sebagai kampong yang bersih, setiap keluaraga di Kampung Bukit Kapar harus peka. Cara pembuangan dan pembungkusan sisa-sisa makanan dan sampah mestilah diketahui. Kalau boleh sampah yang dibuang gunakan plastic yang tebal atau di ‘double’ dua, ini bagi memudahkan pekerja pengutip sampah mengangkat dan membuangnya ke lori sampah.

7) Keselamatan Kampung, ia merupakan perkara utama. Walau pun pemantauan diwujudkan dengan anggota AJKnya, sebagai penduduk seharusnya sentiasa berwaspada dan sentiasa prihatin tentang keselamatan harta benda mereka. Beliau akan memastikan keselamatan kampong terjamin, maka dengan kerjasama penduduk, perkara yang tidak diingin tidak akan berlaku.

8) Di bulan Ramadan ini, beliau telah mengingatkan kepada para Jemaah, agar terus merebut peluang yang datang setahun sekali ini, untuk melipatgandakan amal ibadah. Solat terwaih usah ditinggal, selagi mana tiada keuzuran .Membaca quran, sedekah, tolong-menolong dan sebagainya terus diperbanyakkan. Matlamat akhir dari ibadah puasa nanti akan melahirkan kita sebagai manusia yang bertaqwa.

Begitulah beberapa catatan yang aku ingat dan aku tuliskan untuk perkongsian, untuk diriku yang pernah menjadi sebahagian dari penduduk Kampung Bukit Kapar. Semoga aku dapat jadikan ingatan dan panduan untuk ku, jika ada manfaatnya buat sahabat semua ambilah ibrahnya.

Terimalah amalan kami Ya Rabb!

Amin Ya Rabb!


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi