Nota Ramadan: Malam Kedua Belas Dan Malam Ketiga Belas Ramadan 1436H

Google Image


Ramadan minggu ini sudah masuk ke fasa kedua, fasa pengampunan, selesai sudah fasa rahmat, apakah aku masih berpeluang terus di dalam Ramadan. Aku berdoa agar terus diberi peluang untuk terus mengimarahkan Ramadan.

Biarlah Ramadan kali ini, Ramadan yang baik dan terbaik buat diri ini, Amin Ya Rabb…, catatan ini adalah catatan yang tertangguh, apa pun, aku akan terus mencatat detik-detik ramadanku pada tahun ini. Selama mana aku mampu, selagi itulah aku mahu merakamkan detik Ramadan yang aku lalui.

Minggu ini aku kerja sif malam, masa yang panjang, aku manfaatkan dengan pelbagai perkara, salah satunya menulis, ya menulis catatan ini, itu pun jika tidak culas dan malas.

Malam kedua belas dan ketiga belas seperti biasa, aku bersolat terawih di Surau tempat kelahiranku, sudah banyak perubahan, penduduknya juga sudah ramai, wujudnya taman-taman perumahan, membuatkan aku ramai yang tidak kenal orang-orangnya. Apa pun itu bukan masalahnya.

Seperti biasa, mala mini aku berterawi di sini bersama anak bujangku, Muhammad Anas, dia masih setia mahu mengikuti aku, syukur mahu ikut aku, biar dia Nampak situasi surau bagaimana, Mudah-mudahan terus tertarik hatinya untuk mengikuti aku lagi.

Macam biasa, selepas lapan rakaat solat terawih, tazkirah ringkas oleh Tuan Imam, Ustaz Yazid. Aku tak sabar menunggu tazkirah ringkas dan santai yang disampaikannya. Aku kongsikan tazkirah ringkas untuk malam kedua belas, untuk tazkirah malam ketiga belas,aku lupa apa pengisian tazkirah tersebut…alahai…, butir-butir tazkirah ringkas malam kedua belas yang aku ingat di bawah.

Tazkirah Ringkas: Jaga Solat

Solat merupakan perkara penting mesti ditunaikan bila sudah sampai waktunya, usah dilengah-lengah. Dalam bulan puasa, ramai yang sanggup berpuasa, tahan lapar dan dahaga, namun solat terus diabaikan, seolah bagai tidak ada apa-apa. Jangan jadikan ibadah puasa kita tidak ada apa-apa nilai, disebabkan meninggalkan solat yang wajib.

Solat merupakan soalan utama yang akan disoal nanti, beliau memetik sebuah hadis;

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia".

Menurutnya, perbaikilah solat kita, kerana ia bakal menjadi persoalan di akhirat nanti. Segala perkara-perkara yang wajib dan sunat dalam solat harus diteliti, cara solat kita bagaimana?, sujud kita, rukuk kita, bacaan solat kita dan yang lain-lainnya, apakah kita faham maksud bacaan solat?. Ya itu semua harus dan mesti diteliti dengan sebaiknya.

Ambil kesempatan dibulan Ramadan untuk membanyakkan solat sunat, selain solat sunat terawih dan sunat witir. Berjemaah di surau-surau atau di masjid-masjid yang berdekatan, agar lebih mendekatkan diri kita di sisi Allah S.W.T.

Semoga diriku mengambil ibrah dari tazkirah ringkas tersebut, Ya Rabb…Terimalah amal ibadah dan solatku Ya Rabb…!

Amin Ya Rabb!


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi