MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, July 7, 2015

Nota Ramadan: Malam Kesepuluh Dan Kesebelas Ramadan 1436H

Jaga percakapan kita


Minggu ini aku masih bersolat terawih di Surau Darul Aman, kerja sif pagi banyak masa terluang untuk aku melakukan perkara yang bermanfaat, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Malam kesepuluh dan kesembilan Ramadan aku masih bersolat terawih seperti biasa di Surau Darul Aman, anak bujangku masih setia mahu mengikuti ke surau, semoga anakku akan menjadi anak yang soleh, itu impian setiap ibu bapa yang punyai anak-anak.

Malam kesepuluh dan kesembilan seperti biasa, solat terawih lapan rakaat, untuk malam yang kesepuluh tazkirah disampaikan oleh Ustaz Yazid, manakala malam kesebelas tiada apa-apa pengisian, kerana Ustaz Yazid berada diluar kawasan. Habis solat terawih terus solat witir. Rasa kosong pula untuk hari kesebelas, kerana tazkirah tidak ada. Aku kongsikan catatan serba sedikit tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Yazid pada malam kesepuluh,

Tazkirah Ringkas: Jaga Akidah

Dalam bulan puasa akidah kena jaga sungguh-sungguh. Ia penting, merupakan  pokok ,pegangan, keyakinan yang sedikit pun tidak boleh dicalarkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkannya.

Menurutnya, akidah ini perkara penting yang bukan boleh dibuat main-main. Salah satu perkara yang membolehkan terjejas atau rosaknya akidah kita adalah dengan mulut, yakni melalui kata-kata yang dituturkan oleh kita.

Beliau memberi contoh, melalui kata-kata yang boleh merosakan akidah;

“Kalau aku tak tanam pokok durian ini dulu, semua takkan merasa durian ini”

Cakap-cakap macam ini, menurutnya boleh menjejaskan akidah seseorang, ini disebabkan kata-kata yang tidak bersandar kepada yang mencipta pokok tersebut, seolah-olah ia hasil usahanya sendiri tanpa ada kuasa yang Maha Hebat yang mengizinkan pokok durian tersebut menjadi dan berbuah dengan baik.

Beliau juga memberikan contoh-contoh lain, yang mana semua itu boleh merosakkan akidah kita. Oleh itu, jagalah pertuturan kita dan tindak tanduk kita agar tidak sampai merosakkan akidah kita. Mohon dihindari kepada semua.

Amin Ya Rabb!.



No comments:

Post a Comment

Bilik Kolongku

  Memori bilik kolongku(bilik bawah rumah) sekitar tahun 1994-2013.Menyimpan seribu kenangan suka duka hidup seorang bernama '...