Nota Ramadan: Tinggal Kenangan



Sedikit Renungan

Ramadan di penjuru mana pun, dirai dan diimarahkan dengan penuh meriah, bahkan di Negara berkecamuk dengan peperangan pun rakyatnya masih dapat memeriahkan Ramadan.

Syukur, kita di Malaysia aman dan makmur. Walau sesekali didengari suhu politik tanah air seolah membahang, namun atas kebijaksanaan masing-masing, dapat mengawal emosi sentiment politik mereka.

Puasa mengajar erti sabar, ibadah puasa yang kita jalankan sekarang, merupakan ujian diri, untuk menahan diri dari makan dan minum serta menjauhi perkara-perkara keji yang boleh merosakkan pahala puasa. Juga seandainya ada yang mengangui kita, cuba elakkan dengan mengatakan, seperti yang Rasulullah ajarkan kepada kita, dalam maksud sebuah hadis;

“Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya dia berkata, “Sesungguhnya aku sedang puasa.”-(Hadis riwayat Bukhari)

Mudah-mudahan puasa kita diterima oleh Allah S.W.T…Amin Ya Rabb…

Hanya Tinggal Kenangan

Setiap tahun, bila menjelangnya Ramadan agung ini, kenangan-kenangan inilah yang mengusik-ngusik hatiku. Mengenang tahun-tahun berpuasa yang lalu, banyak memorinya, maklum sahaja, bila sudah berkeluarga, waktu berbuka puasa boleh bertukar-tukar tempat.

Waktu itu, seminggu sekali berbuka ke rumah emak dan bapa mertua. Meriah dan seronok sekali, bila semua anak-anak datang berbuka puasa bersama emak dan bapa. Masa tulah, mahu jumpa sanak-saudara, jika hari-hari biasa masing-masing dengan agenda mereka.

Bila berkumpul meriah, beraneka juadah berbuka puasa, masing-masing datang membawa juadah, warna-warni minuman…ahhh…masih terkenang-kenang aku memori itu. Sekarang sudah tiada lagi, hanya tinggal kenangan.

Sekarang, hanya boleh ziarah rumah kakak dan berbuka puasa di sana, tujuannya untuk lebih mengeratkan tali silaturahim antara keluarga, maklum sahaja, kedua-dua emak dan bapa mertua sudah tiada. Hanya kakak, abang dan adik-adik yang duduk merata-rata tempat. InsyaAllah, jika berpeluang tahun ini, ingin ziarah dan berbuka puasa di rumah mereka.

Puasa tidak mengahalangi kita untuk terus ziarah menziarahi, berkasih sayang antara saudara se-Islam dan lebih-lebih lagi keluaraga sendiri. Semoga kasih sayangku terhadap keluargaku terus berpanjangan.

Amin Ya Rabb…!


Comments

  1. Assalamualaikum. Salam singgah.

    Rupanya lagi banyak update dalam blog ini. Saya selalu buka blog yang lagi satu. Hee.

    Alhamdulillah sehingga hari ini, saya masih dapat menikmati semua itu. Dan sebenarnya saya sendiri cuma dapat berpuasa dengan keluarga hanya dalam tempoh seminggu atau kurang. Sebab sejak tingkatan satu saya tinggal di asrama dan sehingga kini, puasa saya lebih banyak dihabiskan di tempat orang berbanding tempat sendiri. Maka kalau nak diceritakan tentang pengalaman puasa, pelbagai yang saya ada. :)

    Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam Wan. Salam Ramadan juga dari saya, kenanagan yang tak bisa dilupakan. Terima kasih sudi singgah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi