Cakap-Cakap Orang Sastera: Bila Semangat Pudar

Semangat pudar...


7 hrs · 
Setiap kali semangat terasa pudar untuk meneruskan kerja-kerja seni, saya kembali melihat status-status Pak Yusof Gajah, Puan Mahaya Mohd Yassin, Dato' Dr. Zurinah Hassan, Dr. Siti Zainon Ismail, Pak Agi Ghafar Ibrahim dan Kakanda Siti Zaleha M. Hashim. Mereka menjadi penanda aras saya bahawa menulis dan berjuang itu tiada noktahnya. Oleh sebab itu, saya abaikan sahaja mana-mana status penulis yang lebih terkemudian yang hanya mengeluh. Terima kasih kepada penulis/pengkarya terdahulu yang banyak mencetuskan inspirasi melalui perkataan, perbuatan dan isyarat yang ditinggalkan untuk kami.
Top of Form
·         Anda, Agi Ghafar IbrahimNajibah A. BakarAnis Amida Abdulhamid dan 36 yang lain menyukainya.
·        
Salina Sari bukan penulis Nisah Haron saja yang perlukan motivasi...kami juga perlukan perkara yang sama kerana kami juga punya kekangan dan dugaan dari masa ke semasa...kadang-kadang keluh kesah tambah mengacau jiwa...
6 hrs · Suka · 2
·        
Normah Nordin mengenepikan yang muda kaki mengeluh tindakan bijak dan wajar - angkatan 50'han perjuangan mereka juga menjadi ransangan saya hari ini Nisah Haron keep going
6 hrs · Suka · 2

Zurinah Hassan Trima kasih Nisah Haron. Ini juga motivasi buat saya. Jgn upload gambar mkanan saja.
6 hrs · Suka · 2
·          
Salina Sari tolong jangan ketepikan yang muda. mereka juga perlu panduan dan bimbingan walaupun kadang kala sikap mereka menyesakkan jiwa veteran.
5 hrs · Suka · 2
·          
Siti Zainon Ismail Kami juga perlu bersahabat dgn rang muda.CNN jgsn sembunyi di sana ! NH dll Jangan lupa dtg ke pameran " Kali ini kita Bersama " di Morne Art Gallery pada 21 Jun depan
5 hrs · Suka · 2
·          
Zaiton Abu Samah Editor pun mahu semangat macam Nisah. Terutamanya ketika menyunting manuskrip yang membosankan serta ketika berhadapan dengan penulis yang tidak faham dengan tugas editor.
5 hrs · Suka · 1
·          
Normah Nordin Nisah Haron saya sudah mula menulis impak asakkan anda - nanti akan buat temu janji untuk nasihat AsSalam
5 hrs · Suka · 
·          
Nisah Haron Kak Salina, motivasi itu seperti mandi. Kita mandi setiap hari untuk mendapatkan kesegaran. Motivasi juga begitu, dosnya perlu sesuai dan mesti dapat setiap hari. 
5 hrs · Suka · 2
·          
Nisah Haron Cikgu Normah, ayuh kita tentukan masa dan tempat. Seronok jika dapat duduk berbincang. Di Seremban pun boleh. 
5 hrs · Suka · 1
·          
Nisah Haron Dr. Zurinah, tak kisah kalau upload gambar makanan, jika disertakan maklumat yang baik seperti nama restoran, dan tulis sedikit ulasan makanan dan tempat. Sekurang-kurangnya, ada info bermanfaat. Kalau setakat nak beritahu satu dunia bahawa dia sedang minum teh ais, saya tidak nampak faedahnya kepada orang lain.
5 hrs · Suka · 3
·          
Zaiton Abu Samah Nisah Haron...jangan lupa tarikh 10 dan 11 Jun. Saya ada.
5 hrs · Suka · 1
·          
Nisah Haron Kak Zaiton, insya-Allah, jumpa di DBP Selasa nanti.
5 hrs · Suka
·          
Normah Nordin InSyaAllah - jadual anda selepas 16hb Jun?
5 hrs · Suka
·          
Nisah Haron 17 & 23, jaga periksa di UM. Hujung Minggu 21- 22 Jun ada program. Yang lain, insya-Allah o.k.
5 hrs · Suka
·          
Normah Nordin kalau di Seremban saya naik komuter - jam berapa yang sesuai?
5 hrs · Suka · 1
·          
Nisah Haron Cikgu Normah, saya sudah jawab di inbox.
4 hrs · Suka
·          
Nisah Haron Bonda Siti, terima kasih atas maklumannya.
4 hrs · Suka
·          
Norhayati Razali Betul Pn Nisah Haron, ada kala kita rasa semangat jatuh merudum tetapi kita juga harus bangkit dengan semangat mereka yang begitu tabah dan konsisten berkarya.
4 hrs · Suka · 2
·          
Agi Ghafar Ibrahim Mengikut pengalamanku musuh penulis adalah dirinya sendiri.adalah dirinya yang culas menulis.ubatnya ialah dgn membaca karya2 penulis lain termasuk biografi dan autobiografi.belajar drp penulis lain bagaimana mereka membangunksn kreativiti diri mereka dgn kepercayaan dan keyakinan terhadap karya mereka sendiri.
4 hrs · Suka · 5
·          
Agi Ghafar Ibrahim Semua orang akan tinggalkan kita.suami isteri kekasih ayah ibu adik beradik termasuk kereta rumah.semua akan tinggalkan kita.namun karya kitalah saja satu2nya manusia yg akan kekal abadi dgn kita sehingga kiamat
4 hrs · Suka · 4
·          
Nisah Haron Pak Agi, memang benar sekali! Terima kasih atas semangat yang sentiasa terlihat, walaupun kita jarang berjumpa. Ibarat sebuah rumah api, biar jauh tetapi tetap menjadi panduan buat kami, kapal-kapal yang sesekali tersasar dipukul gelombang perjuangan.
4 hrs · Suka · 1
·          
4 hrs · Suka · 1
·          
4 hrs · Suka · 1
·          
Zurinah Hassan Semalam saya dapat motivasi juga bila bertemu Puteri Andalas Novelis. Dia MULA menulis ketika berusia 45 tahun.Tak kisah kalau anda tidak menulis spt apa yang dia tulis, semangat dia tu yang penting.
3 hrs · Suka · 2
·          
Nisah Haron Dr Zurinah, setuju benar. Menjadi penulis, tiada had umur untuk bermula. Tidak ada istilah terlalu muda atau terlalu senior untuk mula menulis. Yang penting, mesti bermula!
28 min · Tidak suka · 1
·          
Zurinah Hassan Setuju.
21 min · Suka
·          
12 min · Suka

   Siti Zaleha M. Hashim Terima kasih juga adinda Nisah tanpa anda sedari anda    juga pencetus inspirasi saya, suka akan kesungguhanmu!
2 hrs · Suka · 1

   Mahaya Mohd Yassin Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk saling menginspirasikan! Kehidupan saling memerlukan; yang baik-baik sahaja dikongsikan, yang kurang dicerna, diolah dan dipositifkan, insya-Allah.

Comments

  1. Saya setuju sangat dengan kata-kata Pn Nisah Haron. Begitu juga saya, kalau saya mengalami kebuntuan dan semangat menulis semakin merudum, saya akan kembali membaca karya penulis lain. Boleh juga baca bahan rangsangan lain seperti catatan penulis, untuk menaikkan semangat kita untuk menulis semula.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi