Ulasan Tuan Puzi Hadi Terhada Karya-Karya Masshah Di Portal eSastera.com Bulan Januari 2014





DEDIKASI

Karya puisi masshah pada Tegar Dan Ammar memeri kisah dua tokoh menarik dalam situasi berbeza. Seorang anak Indonesia yang masih hidup iaitu Tegar dan belia Malaysia yang sudah meninggal dunia di Turki iaitu Ammar. Masing-masing ada kewajaran tersendiri yang sesuai dijadikan dua puisi berasingan:

(1)
Tegar...
dari seorang pengemis
kini jutawan kecil

(11)
Ammar...
dunia terkejut
bahkan tanah air mu harum
seharum darah syahidmu
melayu...dibumi Turki diakui
                …


PROTES

Masshah dengan enam puisi protes dalam pelbagai isu. Pertama, puisi Bantah Terus Bantah dengan perulangan larik pertama ‘Bantah terus bantah’ pada empat stanzanya. Teks asal puisinya berwarna merah melambang kemarahan. Persamaan rima akhir barisnya  iaitu “… ah” dalam semua baris (berhuruf tegak):

Bantah terus bantah
jangan mereka anggap kita masih mentah
tidak punya harga diri dan maruah
jangan kita disangka tidak amarah
bila janji mereka tidak amanah.

Kedua, puisi Dibuli Transformasi dengan rima akhir bervokal ‘I’ dan teks asal puisi berwarna biru:

Rakyat terus menerus dipermain dan dibuli
penguasa langsung tidak ambil peduli
semua barang, harga naik tinggi-tinggi
kos hidup bertambah dan meningkat, gaji tak naik lagi.

Ketiga, puisi Sabtu Yang Buntu dengan akhiran rima bervokal ‘u’ serta teks asalnya berwarna biru. Mesej puisi berangkat daripada pilihan raya kecil Kajang iaitu perayu undi. Nada protesnya menipis bila dia pasrah kepada Ilahi:

Merayu-rayu kini sudah tidak perlu
serahkan sahaja semua itu pada Maha Satu
kerna penguasa sudah tiada idea fikiran beku
maka banyak yang korupsi dibiar terus salah laku
kita ini, yang bisa membantu sesama, usah hanya berdiri kaku
teruskan daya usaha berdikari agar terus maju
usah mengharap pada penguasa yang suka menipu
banyak berjanji-janji semua banyak palsu,
sekadar muhasabah di hari sabtu, agar tidak membuang waktu.

Keempat, puisi Pada Lilitan Kain Itu berwarna teks biru ditujukan kepada kaki protes mempertahankan kalimah Allah tapi kepada penyair, mereka tidak layak sebenarnya dek cakap tidak serupa bikin:

Kau kata kau pejuang yang gagah perkasa
tapi tingkahmu tidak menunjukkan kau pejuang
terkinja-kinja, terjerit-terjerit bagaikan kena histeria
apakah sekadar itu perjuanganmu?
di mana nilai harga diri dan maruahmu?
lilitan kain itu tidak untukmu
jika kau tidak amalkan sekadar hanya tontonan
maka hilanglah segala keperkasaanmu itu.

Kelima, puisi center text berwarna biru Kisah Sang Isteri dalam tujuh rangkap yang keras marahnya kerpada isteri pemimpin negara yang berhidup mewah dan maha berkuasa di sebalik suaminya. Kegemaran guna warna teks puisi biru sekali gus melambang warna rasmi parti Barisan Nasional. Dia merumuskan sebagai:

Gara-gara kisah sang isteri
negara dan negeri huru hara
mentang-mentang isteri penguasa
semua mahu dipunggah jadi harta .

Dan keenam, puisi Perjuangan Tidak Betul ditujukan kepada pemerintah tapi kabur penyampaiannya kerana di Malaysia ada dua pemerintah iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (yang menguasai di negeri-negeri). Adalah jelas ditujukan kepada Barisan Nasional tapi mengelirukan pembaca yang tidak jelas kepolitikan Malaysia.


NASIONALISME

Masshah membawa puisi Perpaduan Sejati Bukan Mimpi hakikat murni sedia ada yang perlu dipertahankan, antaranya:

Baik melayu india cina serani jua benggali
setiap perayaan saling sama rasa dirai
saling bersalaman muhibbah memupuk silaturahmi
sudah sering menjadi budaya murni sebati.

KEROHANIAN

Puisi Salam Jumaat daripada masshah berteks asal warna hijau (ciri Islam) bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari bagi umat Islam:

Salam jumaat buat seluruh jagat
salam keamanan juga buat seluruh umat
masih ada ruang peluang untuk bertaubat
selagi dunia masih belum kiamat
selalu-selalulah beringat-ingat
jauhilah perkara yang jahat zulmat
sebelum usia menjadi singkat pasti tamat.

ISU KANGKUNG

Puisi Macam Kangkung oleh masshah bak protes kepada pemimpin yang menyaran kangkung turun harga dan sebaliknya hidup mereka bermewahan:

Hidupnya bangsawan manalah makan keropok losong
cincin dipakai si isteri dibeli bukan dari kedai ‘poh kong’
apatah lagi mahu singgah makan di warung-warung
terbuktilah nyata penguasa persis harga sekilo kangkung

KERASULAN NABI SAW

Penyair masshah dengan puisi center text judulnya Nabi Yang Mengasihimenguliti bulan Rabiulawal kelahiran Nabi SAW di era jahiliah untuk dikenangi mengkau 1400 lebih kini semangat keislamannya:

Sudahlah jelas kini jangan diengkari
tentang perjuangan seorang nabi yang bukan ambisi
tetapi punyai matlamat perjuangan yang bervisi
setiap sabda yang terhambur punyai motivasi
semua pesanan serta ingatan buat kita yang hidup pada masa kini
ingat banyakkan berselawat jika benar kita menyanyangi
usah juga lupa sunnah kehidupannya kita amali serta ikuti
jangan sekadar menyebut tetapi tidak ditunai
kelak kita tergolong dalam golongan yang rugi
biar, setiap detik dan waktu nabi ada disisi
kelak nanti bersama-sama nabi di firdausi, itu yang diimpi.



PUISI MENARIK – JANUARI 2014

·       -  AzmiRahman, “DUKALUKA”, Sabtu, 4 Januari 2014, 11:14 AM
·        - HaizamOLEK, “Berkat “Yasin””, Jumaat, 10 Januari 2014, 7:00 AM
·         -ibnudinassingkiri, “”Si Tali-Barut””, Selasa, 7 Januari 2014, 9:59 AM
·         -IrwanAbuBakar, “Tendang Terajang Kajang ”, Jumaat, 31 Januari 2014, 1:09 PM / Edit terakhir: Sabtu, 2 Februari 2014, 7:48 AM
·         -kablam22, “TIADA LAGI KESEDIHAN HANYA SEMANGAT DAN KESYUKURAN”, Isnin, 13 Januari 2014, 2:06 PM / Edit terakhir: 2:10 PM
·         -mansor bin a hamid, “BULAN BELAYAR MALAM”, Ahad, 19 Januari 2014, 9:38 PM / Edit terakhir: 9:41 PM
·         -masshah, “Salam Jumaat”, Jumaat, 10 Januari 2014, 5:54 PM / Edit terakhir: 6:09 PM
·         -Nik Dahna, “ROS DI JENDELA RINDU”, Ahad, 5 Januari 2014, 11:53 PM / Edit terakhir: Isnin, 6 Januari 2014, 12:00 AM
·         -nimoizty, “Tatkala Menatap Akhbar Hari Sabtu”, Khamis, 16 Januari 2014, 2:29 PM
·         -yajuk, “Penjaga Kebun”, Jumaat, 10 Januari 2014, 3:03 PM
 -      -ZahidNaser, “abati dan kamu”, Khamis, 16 Januari 2014, 7:32 PM

 #UNTUK ULASAN PENUH KARYA-KARYA LAIN LAYARI PORTAL ESASTERA.COM


TERPILIH ANTARA SEBELAS PUISI MENARIK BULAN JANUARI 2014

Salam Jumaat

Salam jumaat buat seluruh jagat
salam keamanan juga buat seluruh umat
masih ada ruang peluang untuk bertaubat
selagi dunia masih belum kiamat
selalu-selalulah beringat-ingat
jauhilah perkara yang jahat zulmat
sebelum usia menjadi singkat pasti tamat.

Salam jumaat buat seluruh sahabat
hindarilah perlakuan yang membawa laknat
kelak hilang bahagia rezeki tersekat
ringankan tangan hulurkan infaq juga zakat
nanti pasti kehidupan beroleh berkat
jauhilah jua perkara yang khurafat
agar kehidupan dalam kebenaran tidak sesat.

Salam jumaat buat seluruh yang sihat-sihat
berumur elakkan dari kerja yang berat-berat
tulislah apa sahaja untuk wasiat cepat-cepat
kerna bila-bila masa akan menjemput malaikat
selagi ada daya kuasa kudrat
lakukanlah perkara yang banyak manfaat
nanti kelak tidak menyesal bila masuk lahat.

Masshah 2014
Bilik buku
4:42ptg-10/01/2014-Jumaat
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi