MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, June 1, 2014

Sajak: Syaaban Kembali


Syaaban Kembali

Rejab meninggalkan pergi
kini syaaban datang lagi
detik gembira untuk atma ini
mendekatkan diri pada ILAHI.

Seperti rejab kita hayati
begitu jua syaaban dikuti
banyakkan amalan zikir di hati
agar lebih akrab dicintai ILAHI.

Diketahui sudah rejab bulan Allah
syaaban bulan Muhammad Rasulullah
jua ramadan bulan untuk seluruh ummah
usah dipersia-sia ganjaran  ILAHI.

Ini adalah bulan segala amalan
dipersembah diangkat kepada Tuhan
namun kita mempersia-siakan
sungguh ramai leka lupakan ILAHI.

Amalan puasa sebulan rasul amalkan
insan ramai yang persia-siakan
lupa Tuhan ikut bisikan jahat saitan
ingatlah jangan sampai dimurkai ILAHI.

Di malamnya ada malam nifsu syaaban
perbanyak amalan banyakkan ingat Tuhan
berzikir, bersolat juga berpuasa jadikan amalan
pasti diterima ampunan jua diberi rezeki dari ILAHI.

Secoret rasa sekadar pesanan
agar hidup beriman bertaqwa kepada Tuhan
esok lusa atau entah kapan
pasti kita dijemput pulang oleh ILAHI.

Masshah 2014
1062014
Meru.



Sebuah sajak yang aku nukilkan untuk diterbitkan di Portal eSastera.com, tercetus dari bulan syaaban 1435H yang penuh dengan keberkahan. 

No comments:

Post a Comment

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari ...