MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, June 14, 2014

Sajak: Syukur




Syukur

Cakap jangan takbur
sampai lupa lubang kubur
selalulah bertafakur
nikmat perlu disyukur.

Semua perlu akur
tidak kira berapa umur
yang muda dan berumur
pasti masuk lubang kubur.

Yang ternama dan yang masyhur
yang sihat dan yang uzur
banyakkanlah syukur
rezeki bertambah makmur.

Yang muda kurangkanlah berhibur
banyakkanlah bersyukur
matlamat hidup jangan kabur
agar generasi tak hancur.

Coretan ini sekadar pelapur
buat insan yang pandai bersyukur.

Masshah 2012
Bilik Buku

Meru.

No comments:

Post a Comment