MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, June 14, 2014

Sajak: Sorry Brother



Sorry Brother

Sorrylah brother...maaflah brother
aku bukan gangster
aku hanya aku, rakyat biasa
aku punya suka kau peduli apa
kita boleh bersama tapi fikiran berbeza
brother lu sapa gua sapa.

Lu suka huruf U aku suka huruf P
lu suka dacing aku suka bulan
lu suka keris aku suka roket
lu suka kroni aku suka siapa-siapa boleh
lu suka biru aku suka hijau.

Brother oh brother
apasal lu punya otak karat
selalu ke menyakat, rampas hak rakyat-melarat
apasal lu punya otak bangang
tembelang sudah pecah ke?

Brother...brother
wa...sudah cakap lu punya dacing sudah karat
tongkang hampir-hampir dan akan pecah
nafas dah tercungap-cungap, nazaklah tu
kita boleh bersama tapi fikiran berbeza.

Brother... brother
jangan marah sama aku
lu pun ada pendapat
wa...pun ada pendapat
wa...ingat lu keluar Barisan
masuk bulatan.

Apa macam brother?

Man Shah
2000
Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca