MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, June 7, 2014

Sajak Pilihan Terbaik Febuari 2014: Harga Diri


Harga Diri

Seumur sekali
itu jika mampu
memijak tanah suci
tetamu Maha Pencipta.

Setahun cuma sekali
di mesti setiap umat
keluarkan sedikit punya
ringgit atau pun harta
tanda ingat sesama
membantu serta merasa.

Setahun cuma 30/29 hari
berlapar berdahaga
mencari takwa Ilahi
merasa azab kesusahan
dibalas 1000 bulan.

Sehari 5 kali
mencuci menghadap
memijak rumah Nya
ditawar mulia
di ampun dosa
terkawal terlindung
Maha Pencipta.

Syahadah umat
setiap saat di hati
tak lupa Pencipta
jejaki sunnah
mengabdi diri.

HaizamOLEK
24022014

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca