Sajak: Perjuangan Rakyat

Google Image



Perjuangan Rakyat

Perjuangan rakyat tidak terhenti
terus bergelangang panas membara
biar ditiup badai sekalipun
ia tetap bersemarak penuh bersemangat
tidak mati-mati, biarpun banyak yang mati
tidak pernah gentar terus maju ke depan
diburu, dikeji, dihina, diperlekeh...
tetap teguh berdiri dalam paksinya.

Kerna perjuangan rakyat bukan mahu pangkat
kerna perjuangan rakyat bukan mahu gila darjat
kerana perjuangan rakyat bukan mahu nama bertingkat
kerana perjuangan rakyat bukan mahu bergerak singkat
itu menuntut  kesabaran dan keteguhan iman setiap rakyat.

Ingat-ingatlah wahai sahabat pejuang
bukan senang mahu senang
bukan susah mahu susah
setiap perjuangan baik yang benar mahupun yang salah
ada pertentangannya jua pembelaannya,
yakinlah perjuangan rakyat itu benar
kerana kita menuntut keadilan untuk semua
demi agama, bangsa jua negara tercinta.

Lalu, ada yang bertanya...
tidak cukupkah apa yang ada
kita punya gedung-gedung indah
punya jenama kereta nama bangsa
mengapa perlu berbantah bertelingkah sesama
perlu apakah berdemo di jalan raya
atau apa ada agenda tersirat yang melarat.

Lalu, kita katakan pada mereka
ini perjuangan membela yang ditindas
mempertahan hak yang dirampas
menentang kezaliman yang melarat
tak pernah kenal erti belas kasih sesama
fitnah berterusan tak henti-henti
apakah kira itu semua harus ditengok didiam sahaja?

Justeru, rakyat harus bangkit jangan malas
biar cahaya kebenaran sirna bercahaya
harapan seluruh yang bernama manusia berjiwa
kan’ nanti perjuangan rakyat beroleh al-falah.

Masshah 2014
03042014
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi