MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, June 5, 2014

Sajak Pilihan Terbaik Januari 2014: TIADA LAGI KESEDIHAN HANYA SEMANGAT DAN KESYUKURAN



TIADA LAGI KESEDIHAN HANYA SEMANGAT DAN KESYUKURAN

Semangat baru dan syukur menggamit kepulangan
januari yang harum membahagiakan
tiada lagi cerita lama dan kesilapan silam
semua telah ditinggalkan, semua telah dibenam
jauh ke dalam, jauh ke dalam
suram dan muram telah hilang ertinya
dihumban jauh ke dalam tanah hatI
agar hidup semangat baru dan kesyukuran

33 tahun sebuah jasad diuji
dengan ujian sewajarnya agar tumbuh merimbun
sebuah pohon tujuan demi memenuhi sebuah keperluan
yang ditulis oleh Tuhan

Kemanakah diri ini?
ke kanan atau ke kiri
sesungguhnya itu pilihan, semua jawapan di dalam tangan
sebuah jasad berusia 33, pilihan hidup penentu harga
sebuah roh di mata Pencipta.


Kablam22
2:03pm, TTDI,KL
13/1/2014

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca