MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, June 19, 2014

Sajak: MH370 Seratus Hari Tak Kembali




MH370 Seratus Hari Tak Kembali

Seratus hari sudah hilang
melayang hilang entah ke mana
seratus hari insan tersayang
terkenang mengenang
entah ke mana menghilang MH370
tak pulang-pulang.

Sedih pilu rasa hati menganggu
detik perpisahan itu, suara-suara pilu merayu
takkan pudar hilang ditelan waktu
hanya berserah pada-Mu
MH37O walau telah berlalu
namun ke mana tetap ingat selalu.

Seratus hari MH370 berlalu pergi
ada suara-suara masih mengingati
ada mata-mata masih memerhati
ada bisik-bisik suara simpati
ada kata-kata suara sakit hati
terus menanti-nanti tak kembali.

MH370 bersemadi pasti
kini sudah seratus hari
misteri hilang tak tersingkap hingga kini
hanya tinggal memori satu tragedi ngeri
insan-insan yang pergi
cukuplah pujuk hati berserah pada Ilahi.

Masshah 2014
17062014
Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca