MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, June 10, 2014

Cakap-Cakap Orang Sastera: Sajak Sukar Difahami

Google Image

Tertarik aku dengan nukilan yang ditulis oleh pengarah dan juga seorang penyair tanah air kita, saudara Yassin Salleh, berkaitan soalan yang diterimanya melalui sms. Seseorang telah bertanya padanya tentang sajak-sajak yang ditulisnya amat sukar difahami.

Di bawah ini, aku tuliskan kembali, entri yang beliau tuliskan di dalam muka buku miliknya, ada sesuatu yang menarik dalam jawapan yang diberikan tentang perkara yang dibangkitkan oleh si pemberi soalan.

Nah, fikir-fikirkan;



FB: Yassin Salleh

Seseorang SMS saya: "Kenapa sajak Pak Yassin susah nak faham".

Jawapan saya :

1. Dalam seni, kurang itu lebih, lebih itu kurang. "Less is more, more is less".

2. Sajak tidak perlu penuh keterangan, meleret-leret. Sajak tidak perlu keras untuk untuk berkeras.

3. Sajak perlu khalayaknya yang 'layak'. Untuk khalayak yang tak 'layak', jadilah khalayak, esei, berita akhbar, berita Tv atau karangan pelajar, Berkelah Di Hujung Minggu adalah genre bacaan yang sesuai untuk mereka.

4. Makanya, sajak adalah genre seni bahasa, pertukangan kata-kata yang tersendiri, yang lapang sasarnya juga amat tersendiri. Sajak harus dibaca dan digarap dengan appresiasi 'rasa' Bukan 'faham'. Salam - yassinsalleh.


Dari FB: Yassin Salleh

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca