MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, June 8, 2014

Sajak: Cakap



Cakap

Cakap berisi
boleh dikongsi
bukan berapi
tiada bererti.

Banyak bercakap
bukan mengumpat
pandai berucap
fakta mesti tepat.

Cakap banyak
jangan kosong
banyak faedah
sendiri untung.

Cekap bercakap
pantas mengolah
debat berbalah
jangan mengalah.

Kurang bercakap
bukan sombong
cakap disokong
tidak bohong.

Masshah 2014
8062014

Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca