Blog Kedua Merangsang Untuk Membaca Dan Terus Menulis

Tulisan-tulisan dalam blog JPMA

Blog Jaringan Perkongsian Minda Anda





Bila aku bercerita tentang menulis di blog, ini bermakna ia permulaan kisah perjalananku dalam dunia penulisan, bukan kisah seorang penulis hebat tetapi hanya penulis yang biasa-biasa sahaja, itulah yang aku ungkapakan bila orang kata, wah!, sudah jadi penulis ya?. Penulis kecil-kecilan, penulis nyamuk sahaja, bukan hebat mana pun. Teringat aku semasa makan di sebuah warung di tempat tinggalku, waktu itu aku, isteri, dan anak kecilku Nur Dania Balqis, nama yang aku abadikan dalam blog yang aku bina.

Kawan lama, kawan sekolah dulu-dulu, dia datang juga bersama isterinya, dia juga perasan aku, aku pandang dia, dia juga pandang aku, masa itu, dia baharu sampai dengan isteri juga dengan seorang anaknya menaiki motor, dia mendekati aku, kami bersalaman, maklum jarang, bukan sahaja jarang memang lama pun tidak berjumpa. Kami masing-masing bertanya khabar, tiba-tiba dia kata, wah sudah jadi penulis...aku hanya senyum dan jawap...ala penulis blog sahaja. Itulah kisahnya masa jumpa kawan di warung beberapa tahun yang lalu.

Mungkin kerana aku pautkan alamat blog yang aku bina di muka buku, itu yang kawan tadi dia buka dan mungkin dia baca apa-apa yang aku kongsikan di dalam blog tersebut. Waktu itu, bila kawan kata sudah jadi penulis, rasa malu dan bercampur semangat, ya...semangat mahu menulis lagi di dalam blog. Itulah adakalanya menulis ini kena ada dorongan, sokongan, pujian, dan semangat, tanpa itu semuanya, ia akan malap, pudar, culas, dan malas. Turun naik suhu menulis bergantung kepada daya imun diri sendiri.

Namun begitu pun aku masih bersemangat mahu membina sebuah lagi blog, kali ini aku bina blog untuk menulis tentang hobiku, aku sudah terfikir ketika itu untuk merakamkan, menukilkan dan seterusnya menuliskan aktiviti hobiku waktu itu. Hobi membaca ketika itu, dan kini pun masih membacala lagi, tidak berhenti, sedikit macamana buku yang aku baca, aku akan baca tetap baca, kerana salah satu sumber aku untuk mendapatkan ilmu melalui pembacaan buku. Aku mahu menulis tentang buku, dunia buku, berkongsi buku, maklumat tentang buku, dan sebagainya, macam-macam tentang buku, kerana ia merupakan blog berkisah tentang dunia buku.

Tujuan utamanya, aku bina blog tersebut untuk merangsang diri sendiri untuk bersemangat membaca, membaca dan terus membaca. Juga berkempen kepada sahabat-sahabat blogger untuk menanamkan sikap suka membaca ke dalam diri masing-masing. Membaca di mana sahaja, ruang dan waktu yang selesa untuk kita membaca, selalunya dalam penulisan tentang membaca ini, aku lebih tekankan, pada kesempatan yang ada pada setiap orang. Maksud saya, membaca selepas kita benar-benar bebas dari membuat kerja-kerja yang penting dahulu, selesaikan semua kerja-kerja dahulu baharulah ambil ruang kesempatan untuk membaca buku.

Maka bermulalah dunia penulisan di blog aku bertambah, apabila terbinanya blog Jaringan Perkongsian Minda Anda, bermakna bertambahlah aktiviti menulis aku. Terpaksalah aku tulis dua entri untuk aku kirim ke dalam kedua-dua blog tersebut. Waktu itu jika aku rajin, kemaskini kedua-duannya, jika tidak hanya salah satunya sahajalah aku kemaskini. Waktu itu pun turun naik semangat  dalam menulis blog tersebut, adakalanya hingga bersawang antara blog tersebut dan kadang-kadang kedua-duanya sekali.

Ada masa berbulan tidak kemaskini kerana dek’ rosak komputer riba sehingga berbulan juga. Terputuslah aku, ketika itu dalam dunia blog, memang bersawanglah, sesekali juga pergi ke ‘Cyber Cafe’ untuk kemaskini blog, itu pun jika rajin, kalau tidak, kosonglah blog dari sebarang tulisan dan perkongsian baharu.

Itu waktu komputer riba sakit teruklah, memang buntu sebuntunya, bagai kehilangan nyawa kedua. Segalanya serba tak kena, banyak peristiwa dan cerita tidak dapat ditulis dan dikongsiakan. Hilang begitu sahaja. Namu bila pulih kembali komputer riba, semangat berputik kembali, banyaklah yang aku kongsikan dalam blog kedua ini. Aku tulis perasaanku tentang buku, kongsikan juga buku-buku yang aku sudah baca, aktiviti berkaitan dengan buku, kongsikan gambar-gambar buku yang ada dalam koleksi simpananku dalam bilik bukuku.

Menulis di blog ini menariknya ada ruangan komen, bila tulisan kita terbit, di bahagian bawah entri kita akan ada ruangan komen, jika ada tetamu yang datang menjenguk blog kita, bila mereka membaca entri kita, mereka boleh tulis komen di ruangan tersebut.  Alangkah indah dan seronoknya bila pembaca membaca tulisan kita dan memberi komen di ruangan komen tersebut, biar sekadar komen ‘saya membacanya’, ‘wah menariknya blog ini’, ‘wah! Perkongsian yang menarik’ atau sekadar komen ‘ salam ziarah’, itu pun sudah memadai rasa bersemangatnya utuk menulis, menulis dan menulis lagi.

Blog kedua ini benar-benar merangsang aku untuk terus menulis, menulis dan menulis lagi. Semangat itu bertambah bila pada tahun 2010, aku menyertai kursus PROKSI 2010, kursus penulisan blog dan Twiter, anjuran eSastera dan pejabat ADUN Batu Tiga, Yb Rodziah. Kisah ini, akan aku ceritakan nanti dalam segmen yang lain. Insyallah, itu pun kalau aku tidak lupa. Itulah detik bermulanya aku menulis dan berkarya di Portal eSastera.com. Waktu itu dan sehingga kini dalam genre penulisan keratif. Terutamanya penulisan puisi.

Kembali pada kisah blog keduaku, ‘Jaringan Perkongsian Minda Anda’, bunyinya macam gah, perkataan minda, macam hebat sahaja bunyinya. Kalau sudah namanya jaringan, pastilah bermacam-macam tulisan yang aku hidangkan  kepada sahabat-sahabat blogger lain. Tetapi begitulah, hanya tulisan-tulisan tentang buku sahaja yang aku kongsikan ketika itu. Beberapa tahun juga aku tukarkan tajuk blog ini kepada ‘ Membaca Minda Segar’, pada masa itu aku hanya mahu fokus pada kisah buku sahaja. Kini aku ubah kembali tajuk pada ‘header’ dengan ‘Jaringan Perkongsian Minda Anda’ semula sejak beberapa bulan lalu. Itu pun agak bercelaru dan hilang fokus, kerana aku gabungkan dengan minatku dengan sastera, dan siasah. Itu timbulnya, Minda Sastera, Minda Siasah, dan Minda Buku, konon kisahnya mahu tumpu pada satu blog sahaja.

Kini difikiranku, sudah ada idea untuk menukar semula tajuk ‘header’ blog tersebut, kali ini, aku mahu fokus dalam blog tersebut tentang buku sahaja, apa-apa cerita dan kisah aku akan cerita di blog berkaitan sastera ini. Aku yakin kisah warna-warni kehidupan ini amat dekat dengan dunia sastera. Sementara ini aku biarkan dahulu blog minda tersebut, aku tengah memikirkan bahan-bahan penulisan untuk aku kongsikan nanti. Untuk aku padam blog tersebut, aku tidak berdaya, namun hati ini masih sayangkan blog-blog yang ada.

Ghairah berbloging hingga hilang fokus penulisan. Celaru dan keliru akhirnya jadi buntu fikiranku...


Bersambung...

Comments

  1. Assalamualaikum, Tuan Masshah. Satu catatan perjalanan seni yang menarik untuk dibaca sekaligus dapat mencetuskan motivasi kepada saya dan sesiapa sahaja untuk terus menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkmsalam Cikgu, ya mudah-mudahan ada manfaatnya, Insyallah akan ada kesinambungannya nanti. Terima kasih juga keran membacanya catatan ini.

      Delete
  2. Amat tertarik dengan kisah hidup tuan. memberi inspirasi kepada saya untuk menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung Tuan Usry Norie, semoga bermanfaat!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi